Pada minggu yang lalu, saya telah mengunjungi pesta buku. Saya mendapati keadaan buku pesta agak sunyi dan tidak beramai orang. Saya pun mula tengok buku. Jenis buku yang terdapat di sana agak banyak, seperti buku komik, buku latihan, resipe masakan. Pesta buku ini sesuai untuk mana-mana kumpulan datang kunjungi.
Terdapat sebuah buku telah menarik saya untuk baca. Buku ini bertajuk Higher-order thinking skills. Buku ini telah mengajar kami guna pengetahuan, teknik dan strategi untuk mengembangkan fikiran kita. Ia juga kata setiap orang mampu berfikir terpulang bagaimana anda berfikir. Buku ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu latar belakang teori dan kajian pengajaran pemikiran, kedua ialah kurikulum, bagaimana guna pelbagai teknik dan teknologi yang canggih untuk ajar dan menilai cara berfikir dan akhirnya ialah peranan guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir, sumber dan cadangan. Buku ini disediakan untuk guru sekolah menengah untuk bagaimana mereka dapat ajar murid cara pemikiran yang rasional.
Perasaan saya selepas baca buku ini, saya mendapati pemikiran yang berbeza akan mendatangkan pelbagai kesan, Berfikir dengan cara yang betul membolehkan kita mendapat hasil yang kita diingini manakala berfikir dengan tidak rasional akan menyebabkan masalah yang ditimbulkan. Saya berpendapat, masalah jenayah dapat dikurangkan jika semua orang mempunyai pemikiran yang lebih matang dan rasional. Tetapi, setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza, jadi cara berfikir adalah berbeza.
Sebab yang menarik saya datang ke pesta buku ialah kita boleh membaca pelbagai jenis buku dan menimba lebih banyak ilmu pengetahuan.
